Post a Comment
1. Dunia laksana api yang akan membakar sesiapa sahaja yang cuba memegangnya kerana itu gunakanlah api hanya pada malam hari sahaja. Yakni, jadikanlah dunia sekadar tempat untuk mencari syurga. 2. Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar abadi, kerana itu jangan merosakkan jambatan dengan membawa keperluan dunia yang berlebih-lebihan sehingga jambatan roboh. 3. Sibuklah memikirkan tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain. 4. Sebelum tidur ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun lagi. 5. Selepas bangun tidur bersyukurlah kerana Allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk sedar. 6. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan menjadi mangsa cacing tanah. 7. Didiklah anakmu baik-baik kerana mereka merupakan titipan Allah kepada mu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu. 8. Berjuanglah di jalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan ke atas mu nanti. 9. Berjamaahlah bersama kaum muslimin di dunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan di mahkamah. 10. Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersikap pemurah.
0 comments:
Post a Comment